Tuesday 31 October 2017

Wanted Steak House, Kajang




Assalam 1 Malaysia (=
apa khabar kamu kamu semua ? sihat ?
HoneyDhew Alhamdulilah sihat =D
maaf ye lama tak menulis entry
Honey sibuk =p menghabiskan masa dengan rehat
plus rindu old blog =(

InsyhAllah lepas ini Honey rajin update blog heeee
ade lagi 2 entry about HoneyDhew ride
dan entry about honeymoon insyhAllah Honey akan kongsikan

Wanted Steak House terletak di jalan besar 
Kg. Dato Abu Bakar Baginda, Kajang
di buka tahun 2016 tak silap Honey
HoneyDhew kerap lalu depan Wanted Steak House
tapi nak singgah tu tak berkesempatan =p

Ohh ya Honey sertakan sekali menu dan harga
HoneyDhew pergi sini masa tu jam 2200 malam
baru lepas hujan suasana sejuk nyaman 



MENU & HARGA







Durian Belanda & Dragon Fruit




Lamb Chop RM 15.90




Chicken Chop RM 10.90




Mushroom Soup RM 5.00




Bercerita tentang makanan di sini ya Allah sedap ! portion food banyak !
tak habis Honey makan =p 
Dhew order Chicken Chop sedap ! ayam ranggup !
Honey pula order Lamb Chop,
daging sampai 3 keping lebar tu Honey tak habis kah !
rasa juice daging dan empuk tak liat
lagi satu Black Paper Sos masya Allah sedap !

Mushroom Soup pula sedap ! pekat ! plus ade hirisan ayam
cume termasin sedikit =D
dari segi minuman dari buahan segar
sedap ! tak western ler kalau tak hidangkan 
dengan minuma buah asli =p

Oh ya bagusnya di sini setiap meja
ade Mayonis dan Sos, selalu Mayonis tu kena mintakan ?
kat Wanted memang di hidangkan









Details 
Lot 5059 Desa Hamidiah
Jalan Sungai Merab,
Kg. Dato Abu Bakar Baginda,
Kajang, Selangor
Tel 017 3183954 & 019 6059181
Instagram Wantedsteakhouse


Wednesday 26 April 2017

M2 Boutique Hotel Melaka




Assalam 1 Malaysia (=
hai kamu kamu sihat ? HoneyDhew alhamdulilah sihat
eh eh lupa entry Pulau Langkawi ade lagi baki 3 entry 
tak update heee

22, 23 & 24 April 2017 HoneyDhew
ikut Dhew Family pergi cuti cuti di Melaka j =p
dekat j hahaha so kalau kamu kamu nak tengok
any tempat di Melaka boleh visit QasehDhew

Entry ini Honey akan review Hotel tempat
our family menginap
Patutnya nak stay di Mahkota Hotel tapi dah fully

M2 Boutique Hotel terletak di tengah Bandar Hilir
7 minit berjalan kaki ke Dataran Pahlawan Melaka
berhadapan Melaka Raya, OLD Town dan bersebelahan
RHB Bank



Front Hotel




Honey tersangat la suke akan M2 Hotel ini kerana 
suasana tenang, bilik bersih, kemas, susun teratur
bahagian lobbi wangi gila dan di hiasi dengan 
makanan korea 
serius puas hati ! services pun okey heee















Honey rasa M2 Hotel ini kemungkinan baru lagi
sebab check dekat Swarm Honey orang kedua check in =p
totally HoneyDhew puas hati !
cume belah malam failed bab parking
sebab belah malam ramai orang akan berkunjung ke
OLD Town dan sebelah tu pula 
ade karoke terbuka 
parking memang pack =(
harga ? okey berkemampuan 

List Price dan Jenis Bilik sumber dari FB M2 Hotel
Standard Twin RM 90 - RM 120
Superior Twin RM 100 - RM 140
Superior Family RM 180 - RM 240
Romance Suite RM180 - RM 240 
Studio Suite RM 200 - RM 240
Family Suite RM 200 - RM 280
Deluxe Queen RM 120 - RM 160
Deluxe King RM 140 - RM 180

Honey rasa jenis Boutique Hotel 
memang selase untuk di duduki maybe
Ranking hotel 4.5 bintang
heee

Contact
Alamat No 17, Jalan Merdeka,
Taman Merdeka Raya, 75000 Melaka
No Tel 06 2810846

Monday 20 March 2017

Honeymoon | Pulau Langkawi, Kedah




Assalam 1 Malaysia (=
ehem ehem HoneyDhew baru nak honeymoon =p
ala Dekat Je di Malaysia 
satu Malaysia pun tak habis pusing ade hati nak keluar negara heh !

HoneyDhew honeymoon di Pulau Langkawi, Kedah
haa top place for honeymoon bagi
 pasangan baru kahwin di Malaysia =p
tapi bukan orang Malaysia j taw
kalau Disember orang Malaysia dan orang India akan datang 
ke Pulau Langkawi, bulan April orang Arab pula
awal tahun Honey tak ingat negara mane datang honeymoon
so Pulau Langkawi is Pulau Berkasihsayang =p
suke hati j bagi nama kah !

Okey Honey akan share sekali 
pengalaman masa HoneyDhew ke Langkawi
Disember 2015 tak habis nak menaip entry kena godam pula ! =(
sempat update satu entry saja huuu 



      27 Disember 2016


Jam 0515 pagi HoneyDhew keluar rumah ke Putrajaya Sentral
HoneyDhew pergi Pulau Langkawi menaiki kereta sudah. 
Apatah lagi naik Feri.
La ini HoneyDhew menaiki kapal terbang heeee
next time ke Pulau Langkawi naik kereta api pula yeee
sampai Putrajaya Sentral jam 0535 pagi tak silap sebab mamai kan
tersesat pula hahaha Putrajaya j pun tempat HoneyDhew puihhh

Di Putrajaya Sentral, HoneyDhew naik KLIA Transit
HoneyDhew terlepas transit jam 0550 pagi 
sudahnya tunggu next train
0620 pagi, HoneyDhew sampai KLIA jam 0640 pagi, 
maybe kot lupa ! =D
ohh ya harga tiket dari Putrajaya Sentral ke KLIA 1 
RM 9 seorang dan sehala

Tiket kapal terbang Honey beli 3 bulan sebelum nikah
Honey beli di Traveloka, masa itu ade promosi
HoneyDhew naik Malaysia Airlines
harga tiket untuk 2 orang pergi dan balik 
termasuk meal dan 30kg bagasi RM 319.64
HoneyDhew first time naik kapal terbang 
so memang perasan teruja ade sedikit =p
Honey ade buat beberapa review
 for the first time menaiki kapal terbang heee
patut nya kena check in dulu sama ade di website atau di kiosk 
tapi dah kata first time kan
dan di Traveloka suruh tunjuk e-ticketing di kaunter 
sudahnya HoneyDhew tak dapat couple seat kah ! sadis






Sepatutnya seat Honey sebelah tingkap tapi ade couple mat salleh
dah duduk dulu dan kebetulan ade bawak baby so Honey pun
malas nak habaq =D dah la Dhew kena duduk belakang Honey *sedeh

Ticket flight jam 0900 pagi, 
Alhamdulilah selamat sampai Pulau Langkawi, Kedah jam 0950 pagi,
 4 hari 3 malam HoneyDhew berada di Pulau Langkawi =p
 dah pickup bagasi HoneyDhew tunggu kereta sewa
ouh ya kereta sewa Dhew booking awal Disember 
kawan kepada officemate Dhew juga =p

HoneyDhew ambil kereta sewa Azmel Global Enterprise
Dhew ambil Viva Auto untuk 3 malam RM 240
hehehe kenalankan =p
Condition kereta bersih tiada masalah pun
details check gambar bawah yee =)
bagi sesiapa nak cari kereta sewa di Langkawi
boleh contact







JOM IKAN BAKAR







HoneyDhew lunch di Jom Ikan Bakar, Padang Mat Sirat
 kira breaklunch sebab tak sarapan lagi heh ! 
sedap ikan bakar di sini, Honey amek Ikan Keli j hehe sebab favourite
dan ade juga lauk panas, lauk pauk sini sedap sedap 
Honey tak ingat amek lauk apa ? =p
harga pun okey dan siap dapat wish "Happy Honeymoon"
dari kakak kerja situ =p

Nak check in hotel awal lagi, HoneyDhew pun pergi
Makam Mahsuri. Dah sampai kaunter tapi tak jadi masuk kah ! 
ada lah sebab tertentu hee

so HoneyDhew jalan jalan di Chenang Walk,
Chenang Mall dan Pantai Chenang

Ouh yaa kalau pergi Pulau Langkawi ini
tak sah kalau tak round satu pulau ! kah ! tiap hari =p
masa pergi dengan Dhew family pun sama hehehe

Altis Hotel tempat HoneyDhew bermalam
Honey cari hotel budget sebab nak berjalan jalan j hihi
last year pergi tak pergi semua tempat di Langkawi
harga ? untuk 3 malam RM 231.36
Altis Hotel terletak betul betul tengah Bandar Kuah

Details Altis Hotel
131, Plot 274,
Langkawi Mall, Jalan Padang Matsirat,
Kuah
04 9671777
016 2014977

Selesai check in hotel rehat mandi solat Zuhur
HoneyDhew pergi Langkawi Bird Paradise & Wildlife Park di Kuah juga 



LANGKAWI BIRD PARADISDE & WILDLIFE PARK



Ia juga di kenali Langkawi Wildlife Park terletak di Jalan Ayer Hangat
menempatkan pelbagai jenis hidupan haiwan liar 
yang boleh di beri makan
dan juga di pegang oleh kita macam petting zoo di Farm in The City
Bagi pencinta haiwan macam HoneyDhew wajib singgah =p

Untuk pengetahuan kamu kamu masa Honey tengah syok 
snap gambar boleh pula camera Honey memori full !
hairan ! sebab selama Honey guna camera tu bertahun

tak perna memori full.
Sekali Honey check memori ya Allah ! salah bawak memori !
hahahaha entah macam mane termasuk memori mb huuu
sudahnya snap gambar pakai camera Eken H3R *sedeh

Maaf yee gambar tak banyak sebab 
kebanyakan HoneyDhew record video
kebetulan pula camera Honey memori sedikit
tak boleh snap gambar banyak
dan maaf kualiti gambar kah !


















Berat 8kg or 10kg Honey tak ingat, lenguh ! kah !














Di sini memberi HoneyDhew peluang menyentuh ular sawa besar ! kah !
series besar, mula mula pegang anak nya j sekali lalu
laluan lain jumpa ibu dye pula hehe
maaf Honey kisahkan j video malas nak upload 
wajib singgah bagi pencinta haiwan

Ouh yaa Honey beli ticket masuk ke sini di Groupon
sekarang di kenali sebagai Fave 
yaa Honey memang kaki Groupon kah ! =p
Honey beli masa di Groupon RM 16 individu

Details 
Lot 1485, Jalan Ayer Hangat,
Kg. Belanga Pecah, Langkawi
Opening 0830 am - 1900 pm
Website Langkawi Wildlife Park

Harga Ticket
Dewasa RM 24
Kanak kanak RM 16
Warga Emas RM 16

Selesai luangkan masa dengan haiwan
HoneyDhew minum petang di hujung Airport Langkawi
pekena Laksa Ikan Sekoq, Pasembor dan Cendol

Honey akan share 2 kedai Honey perna makan Laksa Ikan Sekoq
sepanjang jalan Hujung Airport Langkawi
banyak juga gerai Laksa rambang mata kah !
HoneyDhew pergi
Gerai pertama dari Airport Langkawi













Laksa, Cendol Pulut sedap !
Pasemboq sedap dan pedas harga ? maaf Honey lupa =p
Yang di bawah pula gerai HoneyDhew perna makan masa pergi Langkawi
tahun 2015 dengan Dhew family
jangan tanya mane gambar makanan ? kena godam huu







Honey suka suasana sini santai j
makan menghadap laut
angin sempoi sempoi 
Honey dari first datang nak mandi laut
geram j tengok air hahaha ! tapi tak boleh mandi =p

Lepas makan HoneyDhew balek hotel
rehat tehee

Thursday 23 February 2017

Ride to Janda Baik, Pahang




Assalam 1 Malaysia (=
hari ini Honey nak share satu tempat yang nyaman damai 
tenang iaitu Janda Baik, Pahang 

Honey Dhew perna sampai ke Pintu Gerbang Janda Baik tahun 2012
tapi tak masuk sampai ke kampung Janda Baik 

Antara aktiviti yang boleh kamu kamu buat di Janda Baik
Mandi Sungai adalah wajib hahaha best nya
Honey Dhew masa tu tak dan nak mandi sebab fully hohoho
selain itu berpiknik, ATV, Camping

18 Februari 2017 Honey Dhew unplan ke Janda Baik 
see tenGok Honey siap screen shoot app Swarm lagi kah !
Honey Dhew masa tu berada di Jalan Ampang tak tahu nak jalan manekah ? =D
so Dhew say jom la ke Janda Baik boleh mandi sungai
Honey pun say "yeayyy ! jom"





Ada dua laluan nak ke Janda Baik
sama ada kamu kamu nak lalu area RnR Genting Sempah atau
Kampung Bukit Tinggi
beza nya cuma jalan la hahaha
laluan dari Genting Sempah banyak selekoh dan 
jalan pun banyak rosak
kalau lalu Kampung Bukit Tinggi kamu kamu lalu Highway Karak j
Honey Dhew ikut laluan Genting Sempah 
ade la setengah jam dari Tol Gombak

Satu Janda Baik Honey Dhew tawaf
nak pergi mandi sungai dekat Riverside fully kah !
nak check in any resort Honey check online fully juga ish ish =D
sudahnya lepas pusing pusing kampung 
Honey Dhew balek Key Ell laa
Eh masa pergi Sabtu tu Honey Dhew naik kereta hihihi

20 Februari 2017 seperti biasa la planning si Said nak ride 
di malam hari kah !
sebenarnya nak naik Genting tapi 
pak cik Honey minta tolong pada Dhew
sudahnya tak jadi ke Genting, sebab masa hehe
so ride ke Janda Baik, ouh ya ride ke Janda Baik
memang ada planning dalam list Honey Dhew =p

Ini kali kedua Honey ride belah malam hehe kali ini
bawak glove hahaha !

Said nak makan Sup Tulang tapi kedai dah tutup
so pergi kedai TomYam alah owner nya orang sama dan
owner nya kaki ride juga la katanya hehe

Kite orang ngeteh dekat Joey Corner Janda Baik
sedap juga Tom Yam di sini
Janda Baik pada belah malam boleh ler tak sejuk sangat
hehe



Tom Yam Campur





Nasi Goreng Cina










Said depan sekali ny ha ! =D
sebelah Dhew tu Wan J classsmate Honey Dhew
Wan dah pandai ride sekarang ini
Dhew punya pasai hahaha opss
ini kira Wan hati kering ride malam =p

Jam 1230 tengah malam baru gerak balek Key Ell
sampai Tol Gombak pukul 0100 pagi
sampai rumah Honey jam 0130 pagi 
Alhamdulilah 

Wednesday 15 February 2017

Prahoneymoon | Ride to Cameron Highland, Pahang




Assalam 1 Malaysia (=
hee bersua kita kembali Alhamdulilah
banyak entry Honey tertangguh ini
yela rindu blog lama, blog baru ini kena ambil feel tu berminggu minggu kah !


      20 November 2016


HoneyDhew plan prahoneymoon seminggu selepas nikah
sempena perkenalan HoneyDhew yang ke 7tahun 3bulan
 tak silap Honey 
eceh eceh =p tapi alamak Honey tak ingat kenapa tak jadi pergi
biasa la entry dah lapuk kah !
sudahnya minggu kedua unplan
Ahad 20 Nov terus naik Cameron Highland

Gerak dari Ampang 0730 pagi sampai Lemang Toki jam 0850 pagi
heee repeat makan dekat sini untuk sekian kali. Honey tak share gambar
hari tu kes kena godam, habis gambar *sedeh






Lemang Daging 




Lemang Ayam 

 



Kenapa femes sangat Lemang Toki ini ?
lagi lagi di kalangan kaki ride
series lemang sedap sangat ! lembut
rendang ayam dan daging sedap pedas
kamu kamu patut singgah tau
heee walaupun dah pergy banyak kali
keenakan makanan tetap sama =p

Masa HoneyDhew onway ke CH
pengalaman pertama HoneyDhew lalui kabus tebal hehe
baru lepas hujan maybe masa kiteorang hampir sampai Ringlet
best ! dingin saja heee

Alhamdulilah HoneyDhew sampai CH jam 1220 tengah hari 
terus ke Tanah Rata nak lunch dekat kedai Kak Yan
sekali tutup pula *sedeh 
so HoneyDhew makan bersebelah kedai Kak Yan

Sambil itu Honey call mama Honey nak bagi tahu dah sampai CH
kamu kamu nak tahu tak ? untuk pertama kali nya mama Honey marah
sebab tak bagi tahu nak ke mana ? HoneyDhew dah pelik hahaha !
yela masa zaman bercinta tade pula mama Honey marah 

bila Honey say nak ke mane mane ?
Ini dah kahwin tak bagi tahu mama, 
HoneyDhew kena marah pula ish ish hee
padahal Honey dah cakap dekat ayah Honey nak ke CH
hahaha adoyai lain la kalau belum kahwin patut kena marah
ini terbalik pula hihihi

Selesai lunch  HoneyDhew ke Ladang Teh Boh Sungai Palas
dah banyak kali naik CH ini first time Honey sampai sini kah !
Dhew perna sampai sekali 5 tahun lepas kot 

before this singgah Ladang Teh Bharat

Wahhh mencabar rupanya nak ke Ladang Teh Boh Sungai Palas
mujur ler HoneyDhew naik motor sebab jalan sempit gila ish ish
selain dapat hirup udara segar, dapat juga cuci mata melihat
pandangan hijau heeee

















HoneyDhew nak minum dekat cafe tapi seperti biasa la fully huhuhu
so HoneyDhew singgah Kea Farm dan Simpang S
beli ole ole hehe kali ini shopping terkawal sedikit tak macam sebelum ini
dah tahu ride tapi bantai shopping macam naik mpv kah ! 

HoneyDhew gerak balek Kuala Lumpur tak ingat jam berapa ?
sebab nak ikut Sungai Koyan kawasan situ gelap sampai Bentong
sebelum sampai Pos Batau, HoneyDhew singgah Tasik
tak ingat nama apa kah ! tak silap Honey last lalu kawasan Tasik tu tengah korek kot
lupa ! hehehe
















Maybe ini kali yang terakhir kot kalau ride balek lalu Sungai Koyan 
series Honey pishang ! hahahaha
tade kenderaan dan untuk pertama kali nya Honey ngantuk semasa ride
hahaha =p
Dhew gelak j hehe 
Alhamdulilah sampai rumah 2000 malam heee

Ride to Kuantan, Pahang




Assalam 1 Malaysia (=
maaf la Honey sibuk sedikit =p 
plus Honey rindu blog QasehDhew :(
haa entry ini Honey excited nak share taw
sebab apa ? haa tunggu yeee baca sehingga habis hihihi


      2 October 2016


Hari ini Honey teman Dhew konvoi ke Kuantan, Pahang
sebenarnya Dhew teman officemate Dhew si Said 
Said nak hantar motor pada adek beliau di Kuantan
sekali tuu Dhew bawak Honey ride hihihi 

Join ride kali ini 7 orang dan 5 biji motor
Honey Dhew, Said dan 3 orang adek Said dan
 sorang lagi kawan kepada adek Said
deal jam 0800 pagi gerak sudahnya jam 1130 pagi maybe
 baru gerak kah ! sebab tunggu adek Said balek kerja 

Alhamdulilah selamat sampai Kuantan 1438 petang 
terus ke rumah kakak Said dan 
berhenti rehat sekali dekat RnR Temerloh
kiteorang rehat dulu 
last Honey datang Kuantan tak ingat bila kah !
makcik Honey memang ada stay dekat Kuantan tapi tak singgah pun
hehehe sengan pula sebab ramai dan pergi dengan kawan kawan pula tu hihihi

Belah petang HoneyDhew dan Said Family ke Teluk Cempedak pula. 
Pehh lama tak singgah TC heh !
last singgah tahun 2011 kot masa tu belajar di Kolej ish ish 
konvoi dengan budak kolej sekali Dhew ler hihihi
kite orang minum dekat Hutan Bandar Bistro Teluk Cempedak 
ha yang viral Chicken Chop RM 5 tu 

Ok la boleh ler BlackPaper sos pada Chicken Chop
portion hidangan banyak Ayam pun garing 





















Sepatutnya lepas Maghrib kite orang gerak balek Kuala Lumpur tapi
Dhew jumpa dengan kelab Motor Dhew sudah nya balek jam 2200 malam kah !
Pada hari tersebut ade Gathering LC135 dan kelab Motor Dhew ada yang ride ke Kuantan juga
kebetulan ade a few kawan dari kelab Motor, motor dia orang problem so 
ade yang kena tunda, mujur officemate Dhew bawak superbike so boleh tolong

Haa kenapa Honey excited nak kongsikan kisah ini pada blog ?
kerana untuk pertama kali nya Honey ride pada belah malam hahaha
ya Allah ride malam sejuk nyaaa ! 
macam dekat Cameron Highland hihihi 
dah la Honey lupa nak bawak gloves mengigil atas motor hahahaha !
start sejuk Honey tak ingat la maybe masa dekat Temerloh kot sampai la Gombak
si Said say "Tunang kau Apek memang hati kental, kering betul"
kita cakap dalam hati "yela Dhew dah ajar hahaha" 

Alhamdulilah selamat sampai rumah Honey di Putrajaya jam 0230 pagi. 
Dhew selamat sampai rumah jam 0330 pagi 




      15 Februari 2017


Sampai ke hari ini pengalaman ride malam Honey tak akan lupa hihihi
plus ride paling jauh hagak nya bagi Honey hahaha
sebelum ini ride dari Ipoh ke Kuala Lumpur okey lagi =p
tade la sampai ride malam lalalala